SENILAI II
REAL SCRAP STEEL
Setelah sekian lama tak mencoret di blog ini kerana kehabisan stok n kekurangan bahan kerana anak kepada pembaka utama iaitu MONK selalunya tak sempat masuk ke alam anak b di reban seramel....habis di borong oleh rakan-rakan baik serama dan tak kurang juga yg mati sewaktu kecil, anak-anak dari pembaka monk selalunya tak banyak...dari seekor induk hanya terhasil 1-3 ekor sahaja anak...dek kerana kesibukkan kerja...tak sempat melihat n menjaga anak anak kecil....namun alhamdulillah,orang jujur ada rezeki dari tuhan...masuk bakul angkat sendiri..hahahaha!
Namun di coretan kali ini bukanlah saya hendak bercerita mengenai keturunan MONK...tetapi lebih kepada baka paling lama seramel pegang iaitu 'besi buruk'...ramai yg sudah taknak dengan baka ini...ramai yg lebih berminat dengan baka terkini seperti SAMI GILA,SUBMARIN dan sebagainya....
akibat dari menggunakan seekor bapak sahaja dari keturunan ori sukar untuk mendapatkan bentuk yg diidamkan apabila dicampur dengan induk dari darah berlainan....so rakan2 yg berkunjung ke rumah pun langsung tak ambil peduli bahkan tak memandang dengan sebelah mata kepada baka ini...lepak punya lepak satu petang tu dapat satu ilham apa salahnya mencuba REAL SCRAP STEEL ini dengan anaknya sendiri iaitu SENILAI II....SENILAI II meruapakan kakak satu telur kepada SENILAI yg selam menjunam tu......hasilnya cukup membanggakan diri saya sendiri kot sebab ada sesetengah tu langsung buang baka ini dari reban....biarlah dari baka ini lah saya mengenal serama..huhu!!!
Hasil dari inbreeding ini terhasil la sepasang kembar ini
Kelihatan dua ekor kembar yg agak baik cutting dari pandangan mata saya...yang atas telah di hantar untuk di asuh oleh sahabat di seremban....nasib baik orang dah tak nak baka ni...kalau tak anak A pun mungkin da terjual...biarpun warna agak kotor...namun perangai n body...aduh syok betul melihatnya....asalnya menetas sebanyak 3 ekor namun hanya dua yg mampu hidup...
ALHAMDULILLAH
INI KALI LAH!!!!