Sunday, April 29, 2012

Ceritera Si Beradik Senilai dan Senilai II

Pada petang tadi iaitu hari ahad 29hb april 2012 saya menerima cerita bahawa senilai telah pon menjuarai kategori induk di pertandingan kecil melaka.....sungguhpun pertandingan kecik tapi dengan gaya 23 markah sudah cukup untuk memuaskan hati tuan baru senilai dan juga saya...pada pertandingan besar di kelantan baru2 ini senilai telah berjaya mendapat tempat ke 8 dalam kategori yg sama dimana penyertaan kategori induk ketika itu sungguh banyak sekali....walaupun masih baru namun alhamdulillah saja mampu diungkapkan...


Mengenai kakak senilai pula iaitu senilai II...pada hari yg sama hari ahad 29hb april 2012 juga....senilai II telah berjaya meneruskan generasi mereka ini dengan menetaskan 2 ekor anak comel...huhu....kedua-dua induk ini cukup untuk membuatkan saya rasa sangat gembira dan berbangga pada tanggal hari ini....

No comments:

Post a Comment